PAI 2's great voice

Saturday, July 30, 2011

Jamuan buat Ustaz Hamid

Assalamualaikum...

Sudah lebih lima bulan blog ini terbiar tanpa entry baru. Maaf.. kami agak sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.. sehingga alpa dengan tanggungjawab terhadap blog ini.. Jadi, sekarang, masa untuk aktif!

Sebagai muqadimah kecil, mari bercerita tentang pelajaran pada semester ini!

Secara jujurnya, kami berasakan semester ini agak membebankan berbanding sebelum2 ini. Tapi kami harus menerima, kerana pada semester akan datang tentu pelajarannya lebih teruk berbanding kali ini. Jadi sahabat2 di luar sana.. kita harus menerima apa yang disampaikan...

Bertambah beban serasanya.. apabila mengetahui, tutor kesayangan kami, Ustaz Hamid akan melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan Phd September nanti. Ustaz akan mendapat cuti selama 3 tahun dengan gaji, dan kami... akan mendapat tutor baru. Yup.. kami masih belum boleh menerima perkara ini. Namun, kami perlu akur dengan suratan.. setiap pertemuan ada perpisahan..

Jadi, kami dengan sesuka hatinya telah mengadakan suprise untuk Ustaz Hamid pada pagi 25 Julai 2011. Jamuan makan2!

Butter Chocolate Chip Cake by Laila

 Chocolate Doughnut by Myra

Yummy's Sagu by Sakinah and the gang

Laici's Pudding by Sufiah and the gang

Sardine's and Egg's Sandwich by Cona and the gang

Chocolate Cake and Batik Cake by Ana and the gang

Pergh.. kenapa plak berspeaking segala ni. Ada dua menu utama yang sangat2 terlupa untuk di'photoshoot'. Maaf la wahai air sirap buatan imam2 Pai 2 dan Cocktail buatan Dya Adriza and the gang, yang utama itulah yang sering dilupa-lupakan.

Jadi, kami makan2 dengan rakus sampai rasa tak sanggup nak tengok makanan dah. Apa yang mampu dikatakan, makanan pada hari itu adalah sangat terbaik!

Cona sebagai MC dan Hafiz mengetuai bacaan doa

Ucapan dari Fatha selaku Ketua Umum kelas

Ucapan dari Ustaz Hamid yang diraikan..

Ustaz Hamid potong kek...

Selepas makan, kami bergambar!










Puas bergambar, kami kemas segala yang bersepah dan meneruskan sesi pembelajaran. Tapi faham2 sajalah.. selepas makan diajak belajar.. 20% pun tak sampai untuk memberi tumpuan..

Kami harap jamuan ini dapat mengeratkan ukhwah sesama kami. Dan buat Ustaz Hamid yang diraikan... walaupun berat hati ini untuk menerima suratan ini, namun kami harus akur dengan keputusan Ustaz. Semoga Ustaz mencapai impian yang Ustaz impikan. Dan yakinlah... Ustaz adalah ikon pensyarah yang InsyaAllah akan kami contohi..

Ustaz jangan lupakan kami.. Kami sayang Ustaz..