PAI 2's great voice

Saturday, July 30, 2011

Jamuan buat Ustaz Hamid

Assalamualaikum...

Sudah lebih lima bulan blog ini terbiar tanpa entry baru. Maaf.. kami agak sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.. sehingga alpa dengan tanggungjawab terhadap blog ini.. Jadi, sekarang, masa untuk aktif!

Sebagai muqadimah kecil, mari bercerita tentang pelajaran pada semester ini!

Secara jujurnya, kami berasakan semester ini agak membebankan berbanding sebelum2 ini. Tapi kami harus menerima, kerana pada semester akan datang tentu pelajarannya lebih teruk berbanding kali ini. Jadi sahabat2 di luar sana.. kita harus menerima apa yang disampaikan...

Bertambah beban serasanya.. apabila mengetahui, tutor kesayangan kami, Ustaz Hamid akan melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan Phd September nanti. Ustaz akan mendapat cuti selama 3 tahun dengan gaji, dan kami... akan mendapat tutor baru. Yup.. kami masih belum boleh menerima perkara ini. Namun, kami perlu akur dengan suratan.. setiap pertemuan ada perpisahan..

Jadi, kami dengan sesuka hatinya telah mengadakan suprise untuk Ustaz Hamid pada pagi 25 Julai 2011. Jamuan makan2!

Butter Chocolate Chip Cake by Laila

 Chocolate Doughnut by Myra

Yummy's Sagu by Sakinah and the gang

Laici's Pudding by Sufiah and the gang

Sardine's and Egg's Sandwich by Cona and the gang

Chocolate Cake and Batik Cake by Ana and the gang

Pergh.. kenapa plak berspeaking segala ni. Ada dua menu utama yang sangat2 terlupa untuk di'photoshoot'. Maaf la wahai air sirap buatan imam2 Pai 2 dan Cocktail buatan Dya Adriza and the gang, yang utama itulah yang sering dilupa-lupakan.

Jadi, kami makan2 dengan rakus sampai rasa tak sanggup nak tengok makanan dah. Apa yang mampu dikatakan, makanan pada hari itu adalah sangat terbaik!

Cona sebagai MC dan Hafiz mengetuai bacaan doa

Ucapan dari Fatha selaku Ketua Umum kelas

Ucapan dari Ustaz Hamid yang diraikan..

Ustaz Hamid potong kek...

Selepas makan, kami bergambar!










Puas bergambar, kami kemas segala yang bersepah dan meneruskan sesi pembelajaran. Tapi faham2 sajalah.. selepas makan diajak belajar.. 20% pun tak sampai untuk memberi tumpuan..

Kami harap jamuan ini dapat mengeratkan ukhwah sesama kami. Dan buat Ustaz Hamid yang diraikan... walaupun berat hati ini untuk menerima suratan ini, namun kami harus akur dengan keputusan Ustaz. Semoga Ustaz mencapai impian yang Ustaz impikan. Dan yakinlah... Ustaz adalah ikon pensyarah yang InsyaAllah akan kami contohi..

Ustaz jangan lupakan kami.. Kami sayang Ustaz..

Wednesday, March 9, 2011

Kami Tak Sabo Nak Balik!!

asssalamualaikum,
ape khabar makcik, pakcik, sedare, sedari, tuan, puan semue??
entry berbaur gembira dan bersemangat sekali kan... pergh, tengok tajuk lah ^^
akhirnya saat yang kami nanti2 kan bakal tibe, iaitu BALIK KAMPUNGGG!!!
xsabar woh..

kire2 ni ler rupe kampung kami
-pnjm pic google jap-
tiket pon telah kami beli, inilah hasilnye

tengoklah kami tinggal di maner:

selangor-asked,kinah,fatha,paang,cona,tikah,ana,lai,meri,mira
perak-dian,aten
kedah-nanasir,sanah
pineng-comey
melaka-apis
johor-piah
pahang-nina,kiah

opsss, baru 19 orang, patotnye 20 orang, mane lg satu??
yang satu ni, aishh, memang malas lah nak sebut, 'jauh' sangat rumah die, kene amek flight klu bleh.
xlen xbukan, kat mane lagi, di besut tercinta ni lah uma die..huhu. ko lah orangnye sopi, jangan plak wat2 xtw.
abeslah ko, nanti posting dapat sarawak jauh larr..kate2 bernada jelez..muahaha
ok2, back to main characters, jauh x uma2 kami. sile terharu sekarang.hehe...

kami 1 malaysia indah permai dalam 1 kelas

kami akan balik pada 10hb nih, saba ye rakan2
mane kami xsaba nyer, sume kelas kami pakat2 duk jauh kecuali sorang tu jelah kan,
kami perlu naek bas xpress tuk smpy ke destinasi okeyy
plak tu bukan sekejap, lingkungan 8-10 jam gak dalam bas, bleh sengal badan jadinyer
tapi ape kami kesah?? demi sampai ke rumah tercinta, kami lupakan sume itu, kami sanggup harungi saat2 sukar di dalam bas itu, kami sanggup tidur duduk berejam-rejam berjam-jam, kami sanggup menahan sejuk air cond yang bleh mencapai paras beku, kami sanggup tahan buang air lapar dan what evalah.

sebelum balik, kami akan solat qasr jama' di masjid inih
saat2 debaran menunggu bas masing2 di s.bas jerteh

antara bas2 pilihan kami, bergaya x??

beginilah kot kami setelah beku di dalam bas express

but once kami sampai ke destinasi pada awal2 pagi, dengan muka bangun tido yang lagi menawan,
kami telahpun lupakan segala derita2 dalam bas tadi,
perasaan kami begitu gembira setelah berjumpa pejemput tuk balik rumah.weee!!

antara destinasi kami setelah sampai

xsaba nak cium tangan ibu bapa kami

till then, doakan kami selamat sampai ke rumah pada hari khamis ekceli jumaat pagi nih, insyaAllah... 




Monday, March 7, 2011

2 in 1

1) GOTONG-ROYONG

baru2 ni iaitu hari sabtu bersamaan 5/3/11 IPG Kampus Sultan Mizan telah mengadakan gotong-royong perdana ria, maka kami secara langsung pun terlibatlah. kami kene wat gotong-royong di bahagian surau.

kami sudah bersedia tuk gotong-royong!
kami memulakan gotong-royong dengan menyapu daun2 kering
daddy kami pon ade bersame2 kami..hehe

selepas menyapu daun2 kering. kami terjah menuju ke taman sebelah dalam surau al-firdaus tuk membuang segala SEMAK SAMUN di situ. banyak juga kami menghabiskan masa di sini.

lihatlah semak samunnye
*maaf, abaikan si model*

kami bertungkus-lumus membersihkan taman ini,






 hasilnya, taman kami ni tetibe je jadi taman kami..hehe.. nampak lebih bersih, cantik daaann segar erk??



semoga dengan gotong-royong ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara kami, ameen...

ukhwah fillah abadan2 ^^

------

2) KEM BESTARI SOLAT (KBS)

pada hari yang sama juga, sebahagian daripada kelas kami kene menjadi fasilitator kem bestari solat (KBS), kami telah diarahkan untuk memberi tunjuk ajar kepada murid-murid mengenai wudhu', solat dan seumpamanya. dak2 ni diiport khas dari sk bukit keluae keluang. sebenarnya, klu koang pasan kat pic2 kami, belakang kitoang tadi ade budak2 kan, budak2 tulah.

pagi2 lagi mereka dah sampai
sesi pendaftaran bermula

selepas itu mereka sume ke surau untuk meneruskan sesi bersama kami. darjah 5 dan 6 kene duk dewan dengar ceramah.

ade yang duk dalam surau
*pai1 pinjam model jap ea*
ade yang duk lua surau
amali wudhu' ye murid2

antara kelas kami yang terlibat ialah:

grup lela
grup asked
grup hasanah
grup dian si merah
aikss?? mne ustazahnye??

kesudahannya amat menggembirakan, utusan de datang. mereka yang menang pertandingan 'ngecat' mendapat hadiah yang agak lumayan

"bangge aku", kate dak ni

tidak lupa juga, tahniah buat fasi2 kite yang berjaya membantu murid-murid sk bukit keluang dalam kem bestari solat. usaha kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

bakal2 ustazah, insyaAllah ^^

juga, doakan kami agar ikhlas dan tidak pernah jemu dalam membimbing murid-murid agar mereka sentiasa mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. harapan kami, semoga mereka menjadi insan yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat. ameen..


قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ "

Yang Bermaksud : “Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” 
(Al-An’am : 162)